Sunday 31 March 2013

ZALIMNYA KERAJAAN PAS, 45 000 PENERIMA ZAKAT FAKIR MISKIN DIPOTONG NAMA..SEDANGKAN ANAK EXCO DAPAT ZAKAT



“MEREKA YANG ADA SURAT DARI RANTING PAS YANG BERLOGO BULAN SAHAJA BOLEH DAPAT WANG ZAKAT”

Kezaliman Pas semasa berkuasa di Terengganu bukan sahaja anak-anak Ahli ExcO Kerajaan Pas Terengganu diberikan wang zakat, tetapi penerima bantuan zakat di kalangan rakyat yang miskin pun dipotong berjumlah 45, 000 senarai nama dipotong oleh Ranting Pas di kampung masing-masing.
Beberapa amil yang ditemui oleh wartawan ketika itu terkejut apabila mendapati nama mereka yang berhak menerima zakat sempena sambutan Hari Raya tiada dalam senarai sedangkan mereka hadir untuk mengambilnya di masjid.
Senarai yang dibuat oleh amil yang sah itu tidak dipakai, tetapi pihak kerajaan Pas menerima pakai senarai lain yang dibuat oleh Ketua Ranting Pas di kampung masing-masing.
SOKONGAN PADA PARTI DIUTAMAKAN BUKANNYA SYARAT MISKIN DAN FAKIR YANG DITENTUKAN AGAMA ISLAM
Itulah jahat dan zalimnya Pas semasa berkuasa hatta dalam urusan agama pun mereka langgar kerana mengutamakan penyokong Pas sahaja untuk menerima zakat, bukannya soal fakir dan miskin sebagaimana yang disyaratkan oleh agama Islam.
Mereka yang ada surat yang dikeluarkan oleh ranting Pas sahaja boleh dapat wang zakat.




No comments:

Post a Comment