Sunday 31 March 2013

SKANDAL ADUN PAS TERENGGANU: KECEWA SEORANG ANAK BILA AYAH LAKUKAN DEMIKIAN....


PANAS!! PANAS!!  PANAS!!  
TAK SANGKA PEMIMPIN PAS MENAMPILKAN DIRI SEPERTI SEORANG YANG WARAK TAPI SEBENARNYA..........PANTANG LIHAT WANITA BERDAHI LICIN  BERKULIT MULUS,MANJA DAN MENGGODA, HATTA ISTERI ORANG SEKALIPUN........

ANAK YB Dato’ Tengku Hassan, Adun Pas Ladang sendiri benci akan perbuatan ayahnya berskandal dengan perempuan yang punya suami waktu itu.
Anaknya yang lebih mesra dipanggil ‘Pokku’ oleh kawan-kawannya adalah pelajar lepasan UiTM dan kini menetap di ibu kota.
Difahamkan dia amat mengetahui hubungan ayahnya (Dato’ Tengku Hassan) dengan perempuan bernama Aida Tengah itu sewaktu Mak Cik Aida masih lagi isteri kepada Apandi.
  Mengapakah AIDA sanggup curang dan dia tahu kecurangannya itu diketahui anak Tengku Hassan tetapi kerana nafsu menguasai segalanya dipersetankan.



USTAZ SEDIH MENGENANGKAN NASIB APENDI –AIDA BERCERAI ANGKARA YB ADUN PAS




SEORANG Ustaz DI tempat Aida Tengah sama-sama bekerja dengannya menyatakan sudah hilang hormat kepada Adun Pas Ladang, YB Tengku Hassan berikutan skandalnya dengan Puan Aida isteri Apandi.
“Mula mula saya hormat sangat pada YB Tengku Hassan, tetapi apabila saya ketahui dia mempunyai skandal dengan kawan sekerja saya Puan Aida Tengah, saya dah mula hilang rasa hormat kepada pemimpin Pas itu,” kata Ustaz berkenaan.
Difahamkan Ustaz rakan sekerja itu mempunyai hubungan yang rapat dengan pasangan Aida dan Apendi, malah Apendi  suami Aida pernah me njadi muridnya belajar mengaji Al-Quran.
Tetapi bila mendapat tahu Aida menduakan Apendi dan bercinta dengan YB Tengku Hassan, beliau amat dukacita.
Apatah lagi sehingga menyebabkan Aida bercerai dengan suaminya Apendi, gara-gara mahu hidup bersama dengan pemimpin Pas itu.
Ustaz itu berkata, semua orang tak sangka Puan Aida sanggup berbuat demikian, apatah lagi mempunyai latarbelakang agama.
Beliau amat kasihan mendengar kisah Apendi yang pernah menjadi muridnya itu. Difahamkan tempat kerja Aida ialah Institut Al-Al Quran Terengganu satu pusat yang mulia.


KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN 21 DIS 1999 MELAPORKAN KERAJAAN PAS TERENGGANU POTONG 45 RIBU  NAMA FAKIR MISKIN PENERIMA ZAKAT YANG TIDAK MENYOKONG PAS DAN HAK MEREKA DINAFIKAN

ZALIMNYA KERAJAAN PAS, 45 000 PENERIMA ZAKAT FAKIR MISKIN DIPOTONG NAMA..SEDANGKAN ANAK EXCO DAPAT ZAKAT



“MEREKA YANG ADA SURAT DARI RANTING PAS YANG BERLOGO BULAN SAHAJA BOLEH DAPAT WANG ZAKAT”

Kezaliman Pas semasa berkuasa di Terengganu bukan sahaja anak-anak Ahli ExcO Kerajaan Pas Terengganu diberikan wang zakat, tetapi penerima bantuan zakat di kalangan rakyat yang miskin pun dipotong berjumlah 45, 000 senarai nama dipotong oleh Ranting Pas di kampung masing-masing.
Beberapa amil yang ditemui oleh wartawan ketika itu terkejut apabila mendapati nama mereka yang berhak menerima zakat sempena sambutan Hari Raya tiada dalam senarai sedangkan mereka hadir untuk mengambilnya di masjid.
Senarai yang dibuat oleh amil yang sah itu tidak dipakai, tetapi pihak kerajaan Pas menerima pakai senarai lain yang dibuat oleh Ketua Ranting Pas di kampung masing-masing.
SOKONGAN PADA PARTI DIUTAMAKAN BUKANNYA SYARAT MISKIN DAN FAKIR YANG DITENTUKAN AGAMA ISLAM
Itulah jahat dan zalimnya Pas semasa berkuasa hatta dalam urusan agama pun mereka langgar kerana mengutamakan penyokong Pas sahaja untuk menerima zakat, bukannya soal fakir dan miskin sebagaimana yang disyaratkan oleh agama Islam.
Mereka yang ada surat yang dikeluarkan oleh ranting Pas sahaja boleh dapat wang zakat.




WANITA UMNO TUBUH PASUKAN HADAPI HURU HARA PRU 13 CETUSAN PEMBANGKANG




Umno Terengganu adalah negeri yang begitu berpengalaman dalam menghadapi suasana huru hara yang dicetuskan oleh pembangkang.
Tindakan pihak pembangkang menghalang pengundi-pengundi BN dari membuang undi amatlah ternyata dan jelas sekali dengan menggunakan samseng-samseng mereka.
Kalau dilihat dari sudut keadilan, demokrasi dan nilai-nilai Islam, pihak pembangkang telah sama sekali menolak keadilan, demokrasi dan nilai-nilai Islam hanya kerana mahukan kemenangan dengan apa jua cara sekali pun. (lihat video ini)
Pada 13 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan PRU 13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
Muhyiddin bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya itu.
Sementara itu Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.
"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.
"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara.
Sehubungan itu, ketika ditanya adakah huru-hara yang dimaksudkannya adalah perkara sama yang disebut Muhyiddin, Shahrizat berkata, beliau hanya mengetahui tentang perkara itu daripada media dan "cakap-cakap ahli pembangkang".
"Media dan kita (Wanita Umno) adalah mata dan telinga rakyat di peringkat akar umbi. Oleh kerana rakyat sokong Datuk Seri Najib (Razak) dan BN maka pembangkang takut. Kita dapat tahu ini pun dari cakap-cakap ahli mereka juga. Dan bila media lapor, jadi kita tau ini akan berlaku.
"Kita Wanita tidak gentar. Kita akan jadi benteng. Dan pengundi mesti tahu bahawa ini kerja pembangkang yang nak bawa unsur-unsur ganas dan reformasi semasa hari membuang undi dan mereka akan mula dari awal," katanya lagi.

PENGALAMAN KEGANASAN PAS SEMASA PRU

http://www.youtube.com/watch?v=fbpAGlzZmIQ&list=UUm7CXPDa88SPl3nB5AM96dQ&index=13
http://www.youtube.com/watch?v=YrPCdczeuYU

http://www.youtube.com/watch?v=YrPCdczeuYU

PAS BANYAK PENGALAMAN BUAT KEGANASAN SEMASA PILIHANRAYA. SILA LIHAT APA YANG DILAKUKAN OLEH PAS MARANG BAGI MEMPERTAHANKAN PRESIDEN PAS HAJI HADI DI MARANG DENGAN MENGHALANG PENYOKONG BN UNTUK MENGUNDI . PAS AMAT TIDAK ADIL DAN TIDAK DEMOKRATIK!

Saturday 30 March 2013

PAKLAH KATA SOAL PEMBUBARAN PARLIMEN BUKAN ISU KERANA NAJIB MEMPUNYAI JANGKA MASA TERTENTU UNTUK PRU 13 DAN PAK LAH YAKIN BN MENANG BESAR. TUN MAHATHIR PULA MINTA MAHASISWA SOKONG KERAJAAN SEKARANG DAN PERLU BIJAKSANA DAN BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN SEKARANG



 

BEKAS Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdulah Haji Ahmad Badawi berkata,pembubaran Parlimen, beliau berkata ia bukan satu isu kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempunyai jangka masa tertentu untuk berbuat demikian.

Bekas Perdana Menteri itu amat yakin dengan keupayaan BN untuk menang besar pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Beliau berkata ini berikutan BN telah berusaha keras membawa perubahan besar kepada negara dan rakyat menerusi pelbagai perancangan dan program transformasi.

"Nak kerajaan yang kuat perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen dan saya yakin BN boleh dapat kerana mereka telah bekerja keras.

"Saya harap mereka (rakyat) akan terus bagi sokongan (kepada BN) supaya segala program transformasi dan perancangan dapat diteruskan pada masa hadapan. Itu semua adalah untuk rakyat juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Jiwa Murni KD Sri Pinang bersama masyarakat Permatang Sintok di Kepala Batas semalam.

Pada program sehari itu, seramai 75 anggota pasukan simpanan sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia bersama penduduk kampung membaiki rumah orang miskin dan Orang Kurang Upaya (OKU), menjalankan kerja gotong royong dan aktiviti membersih rumah di kawasan itu.

Sementara itu dalam hal yang lain, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berkata, ikap tamak dan terlalu selesa dengan kemakmuran negara membuatkan mahasiswa sekarang tidak berterima kasih kepada kerajaan atas kemudahan yang diberikan
Beliau bimbang dengan perkara itu kerana ada pihak tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mempengaruhi mahasiswa melakukan perkara negatif untuk menentang kerajaan.

"Kerajaan sejak dahulu sediakan pelbagai kemudahan kepada mahasiswa, mahasiswa terdahulu yang baru dapat kemudahan memang rasa terima kasih sangat tetapi mahasiswa sekarang terlalu selesa malah lihat benda ini perkara biasa yang kerajaan buat untuk mereka. Ini timbul rasa tamak nak lebih lagi.

"Selesa dan tamak ini kaburkan mata mereka untuk berfikir negara ini punya had tertentu dalam beri kemudahan bagi pastikan kewangan negara diurus dengan baik. Ini makin teruk apabila 'dibaja' dengan fitnah 'orang itu' seperti nak beri pendidikan percuma dan pelbagai lagi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama program Bicara Negarawan Tun Dr Mahathir Mohamad yang bertajuk "Mahasiswa dan Graduan Pewaris Kepimpinan Negara" di Universiti Teknikal Malaysia, di Melaka semalam.
 


Turut hadir isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Lebih 10,000 mahasiswa dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta di negeri ini menyertai program itu.

Dr Mahathir berkata seorang mahasiswa perlu bijak menilai baik atau buruk sesuatu perkara berdasarkan kebijaksanaan mereka, bukan mengikut perasaan atau nafsu semata-mata.

"Mahasiswa ini bila dah habis belajar, tidak ada gunanya dapat ijazah sekiranya tiada kebijaksanaan pada mereka. Segenggam ijazah sahaja tidak akan membantu mereka menjadi pemimpin masa depan.

"Mereka sememangnya terdedah dengan pelbagai pendapat dan ideologi daripada semua pihak, jadi kebijaksanaan ini membolehkan mereka memilih mana yang baik.

Kalau pilih yang buruk, negara akan hancur kerana mahasiswa ini pemimpin masa depan negara," katanya.

PEMIMPIN PAS TERENGGANU PERLU BERJAGA-JAGA DENGAN PENGUMUMAN ANWAR IBRAHIM INI!! SAH AZAN BERTANDING DI TERENGGANU- TEMPAT SIAPA DIA AKAN RAMPAS?




Pimpinan Pas Terengganu perlu berjaga-jaga dengan pengumuman Anwar Ibrahim bahawa Azan Ismail akan bertanding di Terengganu.

Azan adalah Pengerusi PKR Terengganu sekarang ini.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Datuk  Fauzi Abdul Rahman akan menggantikan penyandang Azan Ismail yang bakal bertanding di Terengganu.

Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi diumum sebagai calon parti itu bagi kawasan Parlimen Indera Mahkota pada pilihan raya umum ke-13 ini MENGGANTIKAN TEMPAT AZAN ISMAIL.

"Fauzi adalah sahabat lama saya dan kita memutuskan beliau akan bertanding di Indera Mahkota," katanya ketika berceramah di Balok Makmur, dekat Kuantan malam tadi.

Pada pilihan raya umum 2008, PKR memenangi kerusi kawasan itu menerusi Azan yang mengalahkan calon BN Salamon Ali Rizal Abdul Rahman dengan kelebihan 1,027 undi.

Dimanakah azan akan bertanding? Di Dun atau Parlimen.....kalau di Parlimen, parlimen mana, Kuala Nerus atau Kuala Terengganu.

Kalau di Parlimen Kuala Terengganu ia akan mengenepikan calon-calon popular iaitu Datuk Raja Baharin, Wahid Endut, Dr Syed Azman dari Pas.

Kalau di Parlimen Kuala Nerus,,,ke mana Pengerusi Pas Kuala Nerus, Sukrimun Shamsuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus akan bertanding. Sukrimun tewas kepada calon BN dalam PRU lalu hanya seribu undi lebih sahaja.


SELAMAT DATANG KE LANG TENGAH



Saya mengucapkan selamat datang ke blog saya, Lang Tengah.