Sunday, 31 March 2013

WANITA UMNO TUBUH PASUKAN HADAPI HURU HARA PRU 13 CETUSAN PEMBANGKANG




Umno Terengganu adalah negeri yang begitu berpengalaman dalam menghadapi suasana huru hara yang dicetuskan oleh pembangkang.
Tindakan pihak pembangkang menghalang pengundi-pengundi BN dari membuang undi amatlah ternyata dan jelas sekali dengan menggunakan samseng-samseng mereka.
Kalau dilihat dari sudut keadilan, demokrasi dan nilai-nilai Islam, pihak pembangkang telah sama sekali menolak keadilan, demokrasi dan nilai-nilai Islam hanya kerana mahukan kemenangan dengan apa jua cara sekali pun. (lihat video ini)
Pada 13 Mac lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa bahawa daripada maklumat beberapa dokumen yang boleh dipercayai, pembangkang dipercayai merancang untuk menggagalkan PRU 13 dengan mewujudkan keadaan porak peranda kerana gementar dengan sokongan rakyat kepada BN yang sudah mula meningkat.
Muhyiddin bagaimanapun enggan mendedahkan maklumat dokumen yang didakwanya itu.
Sementara itu Wanita Umno akan menubuhkan satu pasukan gerakan bagi menghadapi huru-hara yang didakwa akan dicetuskan oleh pihak pembangkang.
Ketuanya Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil mendakwa, berdasarkan maklumat yang diperoleh, huru-hara itu dilakukan bertujuan untuk menakutkan orang ramai agar tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.
"Oleh kerana pembangkang takut dengan BN, maka mereka telah buat perancangan tetapi sudah dibongkar oleh media.
"Pada hari nak mengundi nanti, mereka (pembangkang) akan wujudkan keadaan huru-hara supaya penyokong BN takut untuk keluar mengundi.
"Jadi Wanita menubuhkan task force bagi memberitahu pengundi supaya keluar secara aman pada hari mengundi. Dan (pasukan) ini akan ada di semua peti undi," dakwanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian semasa merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama warga perumahan PDRM Desa Tasik sempena Hari Polis ke-206 hari ini di ibu negara.
Sehubungan itu, ketika ditanya adakah huru-hara yang dimaksudkannya adalah perkara sama yang disebut Muhyiddin, Shahrizat berkata, beliau hanya mengetahui tentang perkara itu daripada media dan "cakap-cakap ahli pembangkang".
"Media dan kita (Wanita Umno) adalah mata dan telinga rakyat di peringkat akar umbi. Oleh kerana rakyat sokong Datuk Seri Najib (Razak) dan BN maka pembangkang takut. Kita dapat tahu ini pun dari cakap-cakap ahli mereka juga. Dan bila media lapor, jadi kita tau ini akan berlaku.
"Kita Wanita tidak gentar. Kita akan jadi benteng. Dan pengundi mesti tahu bahawa ini kerja pembangkang yang nak bawa unsur-unsur ganas dan reformasi semasa hari membuang undi dan mereka akan mula dari awal," katanya lagi.

No comments:

Post a Comment