Tuesday 2 April 2013

INILAH RUPANYA DOKTOR ISTERI BEKAS YB PAS TERENGGANU DAN SUAMINYA ADUN BEKAS ADUN PAS LADANG YANG DIBERI TANAH OLEH KERAJAAN PAS HINGGA 130 EKAR!!!




RAKYAT NAK DAPAT SATU LOT PUN SUSAH...INI YB PAS DAN ISTERI SAMPAI 130 EKAR DAPAT....ITULAH ANTARA PENYELEWENGAN KERAJAAN PAS TERENGGANU YANG TERBONGKAR

Pas Terengganu semasa berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.


Orang yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir.

Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang waktu itu...

Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.

Beberapa hari lepas Pas Terengganu membuat dakwaan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikurniakan tanah di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa wakil rakyat Umno BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang.

Bagaimana pun bila ditanya secara lengkap oleh pemberita sewaktu sidang media berkaitan, beliau gagal menjelaskan, sebaliknya berkata tanah berkenaan yang didakwa kebanyakan di kawasan pantai Terengganu.

Sebenarnya dengan dakwaan itu akan percik ke muka sendiri kerana zaman Pas berkuasa di Terengganu kejadian ini berlaku secara berleluasa


Tanah yang diberikan kepada Dr.Sulaiman ialah Lot PT 914, Mukim Rassau, Daerah Dungun dengan katogeri penggunaan tanah ialah pertanian. No fail: PTG.TR.02/15/0105.




1 comment:

  1. Orang nak buat fitnah macam ni la..bagi bukti tak lengkap. Google Penjelasan Dr Sulaiman Abdullah berkenaan tanah tu..Sendiri mau pikir..Tanah tu asalnya projek BN yang dikurniakan kepada orang-orang memohon yang layak mengusahakan projek limau madu..Kalau iye pun takyah la sabitkan bini dia.. agaknye pemfitnah ni pun pesakit doktor Hamidah.. Ini doktor pakai pun kereta Saga je la..tak percaya pegi tengok rezab parking lot depan klinik n tanye pesakit2 dia..nak fitnah tu pikir sikit nanti makan duit haram kalau org kena fitnah tak maafkan siap la kat akhirat.

    ReplyDelete