PANAS PANAS PANAS..............MANUSIA INIKAH YANG MAHU KITA PILIH???
Ustaz
Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an
ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai
disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu,
kira-kira jam 2 pagi 28 Februari 2007.
Siapakah
yang memilik rumah yang dijadikan Markas Ustaz Zul di Jalan Sultan Mahmud????
Ikutilah pendedahan seterusnya!!!
3
September 2003
Polis
memburu seorang pengusaha pusat kaunseling persendirian dikenali sebagai Ustaz
Zul, 46, kerana disyaki merogol tiga gadis dan cubaan mencabul kehormatan
seorang pelajar berusia 14 tahun di pusat pemulihan miliknya di Hulu Klang. Kes
itu dilaporkan berlaku sejak September 2002 hingga Ogos 2003 di sebuah rumah
pangsa di Keramat Permai, dekat Kuala Lumpur yang disewa lelaki terbabit dan di
Kuala Berang, Terengganu.
4
September 2003
Polis
meneruskan usaha memburu Ustaz Zul yang melarikan diri selepas menyedari mangsa
membuat laporan polis. Suspek dipercayai sudah mengubah penampilannya bagi
mengelakkan dirinya dikenali pihak berkuasa yang sedang memburunya.
5
September 2003
Polis
Hulu Terengganu memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan Jenagor,
sekitar kampung di Kuala Berang dan kawasan Empangan Sultan Mahmud, yang
disyaki menjadi tempat suspek bersembunyi.
21
Jun 2006
Seorang
pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis mendakwa diperkosa oleh Ustaz
Zul yang masih gagal diberkas polis. Suspek yang pandai menggoda melalui SMS
didakwa sering berjanji kepada semua mangsa untuk berkahwin sebagai alasan
memastikan mereka menutup mulut selepas kejadian rogol atau cabul.
22
Jun 2006
Beberapa
bekas pengikut setia Ustaz Zul mendakwa menerima ugutan dan ancaman melalui SMS
daripada rakan mereka yang setia kepada penjenayah terbabit termasuk seorang
anak orang kenamaan di Terengganu yang berkomplot menyembunyikan suspek sejak
lebih tiga tahun lalu.
23
Jun 2006
Ustaz
Zul didakwa pernah menganjurkan majlis pernikahan batin lebih enam pasangan di
kalangan pengikutnya, termasuk artis wanita berusia 30-an di Taman Melawati
pada 2005.
24
Jun 2006
Beberapa
pengikut setia Ustaz Zul yang diburu polis berhubung empat kes rogol dan cabul
sejak 2003, didakwa kerap menganjurkan perhimpunan misteri di sebuah rumah
teres di Taman Perumahan Puncak Alam, Shah Alam, setiap minggu. Perhimpunan itu
yang disertai antara lima hingga 10 lelaki didakwa kerap diadakan setiap malam
Khamis dan Jumaat hingga awal pagi.
30
Jun 2006
Ustaz
Zul dipercayai menyembunyikan diri di kawasan pedalaman Kedah kononnya untuk
bertapa. Maklumat mengenai kegiatan Ustaz Zul diterima berdasarkan pengakuan
beberapa pengikut setianya selepas polis melancarkan gerakan mengesannya di
negeri ini.
15
Julai 2006
Ustaz
Zul yang masih menjadi buruan polis dikatakan terus menggunakan pelbagai cara
termasuk menukar penampilan diri bagi mengelak dikesan. Suspek dikatakan
bertukar wajah dengan mencukur janggut selain menukar serban bagi mengelak
dicam pihak tertentu.
21
Ogos 2006
Ustaz
Zul yang menjadi buruan polis didakwa aktif menyebarkan ajaran sesat dikenali
‘Jemaah Usul’ yang kononnya menjanjikan syafaat dan syurga kepada pengikut
setianya. Penyebaran ajaran bercanggah dengan Islam yang dilakukan secara sulit
itu, didakwa membabitkan upacara zikir meragukan dan nikah batin di kalangan
pengikutnya.
8
September 2006
Timbalan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, menegaskan fail siasatan berhubung
penjenayah Ustaz Zul tidak pernah ditutup kerana laporan polis sudah
dibuat.
28
Februari 2007
Ustaz
Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an
ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai
disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu,
kira-kira jam 2 pagi.
sepupu sultan terengganu pom kena...
ReplyDeleteIsu berkenaan ustaz zul sudah tamat..beliau tidak bersalah sila rujuk Harian Metro edisi 3 april 2007. "Ustaz Zul diBebaskan" ini menunjukkan dia TIDAK BERSALAH dan kesnya ditutup. Semuanya ini adalah fitnah untuk menjatuhkan beliau. Laporan polis juga telah di buat
ReplyDeleteREport No : HULU KELANG/006866/12
boleh refer pd balai polis melawati ampang jaya malah laporan aduan SKMM juga telah dibuat atas penyebaran fitnah ini.
Jadi hentikan fitnah ini
assalamualaikum sedara. lain kali siasat dulu baru buat cerita, jangan kerana duit semua kita buta.tahu tak siapa ustat zul yg sedara sebarkan cerita fitnah beliau ni?orang yg banyak membuat usaha keatas anak bangsa tampa memikirkan kehidupan sendiri. orang yg membuat usaha tampa bantuan dari kerajaan atau mana2 ngo.orang yg sanggup mengorbankan masa,tenaga, harta dan kehidupan demi memastikan anak bangsa hina kerana dadah dan segala macam masalah moral kembali pulih dan di terima oleh keluarga dan masyarakat.bagi kita yg suka bercerita ni, pernah ke membuat usaha seperti beliau ni?sanggup ke kita korbankan segala2 milik kita untuk anak2 orang lain yg mermelukan? tahu tak? berapa ramai orang terhutang budi pada beliau kerana usaha beliau keatas anak2 mereka yg selama ini terbelenggu dengan masalah dadah dan sebagai nya.banyak lagi usaha yg beliau lakukan hingga tak tertulis saya disini.kalau nak imfo dengan bangga nya saya beri ni no hp saya 0199763231 bukan setakat tuan sahaja malah sesiapa saja boleh menghubungi saya.
ReplyDeleteWahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.
ReplyDelete(Al-Hujuraat 49:12
Kes Ustaz Zul dah lama ditutup dan beliau sah didapati tidak bersalah. Hentikan fitnah.
ReplyDelete