Tuesday, 9 April 2013

-CALON PEMBANGKANG PARLIMEN KUALA TERENGGANU PELINDUNG USTAZ ZUL PEROGOL BERSIRI

PANAS PANAS PANAS..............MANUSIA INIKAH YANG MAHU KITA PILIH???

Ustaz Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi 28 Februari 2007.

Siapakah yang memilik rumah yang dijadikan Markas Ustaz Zul di Jalan Sultan Mahmud???? Ikutilah pendedahan seterusnya!!!

3 September 2003

Polis memburu seorang pengusaha pusat kaunseling persendirian dikenali sebagai Ustaz Zul, 46, kerana disyaki merogol tiga gadis dan cubaan mencabul kehormatan seorang pelajar berusia 14 tahun di pusat pemulihan miliknya di Hulu Klang. Kes itu dilaporkan berlaku sejak September 2002 hingga Ogos 2003 di sebuah rumah pangsa di Keramat Permai, dekat Kuala Lumpur yang disewa lelaki terbabit dan di Kuala Berang, Terengganu. 

4 September 2003

Polis meneruskan usaha memburu Ustaz Zul yang melarikan diri selepas menyedari mangsa membuat laporan polis. Suspek dipercayai sudah mengubah penampilannya bagi mengelakkan dirinya dikenali pihak berkuasa yang sedang memburunya. 

5 September 2003

Polis Hulu Terengganu memantau pergerakan Ustaz Zul di sekitar kawasan hutan Jenagor, sekitar kampung di Kuala Berang dan kawasan Empangan Sultan Mahmud, yang disyaki menjadi tempat suspek bersembunyi. 

21 Jun 2006

Seorang pelajar kolej di Terengganu membuat laporan polis mendakwa diperkosa oleh Ustaz Zul yang masih gagal diberkas polis. Suspek yang pandai menggoda melalui SMS didakwa sering berjanji kepada semua mangsa untuk berkahwin sebagai alasan memastikan mereka menutup mulut selepas kejadian rogol atau cabul. 

22 Jun 2006

Beberapa bekas pengikut setia Ustaz Zul mendakwa menerima ugutan dan ancaman melalui SMS daripada rakan mereka yang setia kepada penjenayah terbabit termasuk seorang anak orang kenamaan di Terengganu yang berkomplot menyembunyikan suspek sejak lebih tiga tahun lalu. 

23 Jun 2006

Ustaz Zul didakwa pernah menganjurkan majlis pernikahan batin lebih enam pasangan di kalangan pengikutnya, termasuk artis wanita berusia 30-an di Taman Melawati pada 2005. 

24 Jun 2006

Beberapa pengikut setia Ustaz Zul yang diburu polis berhubung empat kes rogol dan cabul sejak 2003, didakwa kerap menganjurkan perhimpunan misteri di sebuah rumah teres di Taman Perumahan Puncak Alam, Shah Alam, setiap minggu. Perhimpunan itu yang disertai antara lima hingga 10 lelaki didakwa kerap diadakan setiap malam Khamis dan Jumaat hingga awal pagi. 

30 Jun 2006

Ustaz Zul dipercayai menyembunyikan diri di kawasan pedalaman Kedah kononnya untuk bertapa. Maklumat mengenai kegiatan Ustaz Zul diterima berdasarkan pengakuan beberapa pengikut setianya selepas polis melancarkan gerakan mengesannya di negeri ini. 

15 Julai 2006

Ustaz Zul yang masih menjadi buruan polis dikatakan terus menggunakan pelbagai cara termasuk menukar penampilan diri bagi mengelak dikesan. Suspek dikatakan bertukar wajah dengan mencukur janggut selain menukar serban bagi mengelak dicam pihak tertentu. 

21 Ogos 2006

Ustaz Zul yang menjadi buruan polis didakwa aktif menyebarkan ajaran sesat dikenali ‘Jemaah Usul’ yang kononnya menjanjikan syafaat dan syurga kepada pengikut setianya. Penyebaran ajaran bercanggah dengan Islam yang dilakukan secara sulit itu, didakwa membabitkan upacara zikir meragukan dan nikah batin di kalangan pengikutnya. 

8 September 2006

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hasan, menegaskan fail siasatan berhubung penjenayah Ustaz Zul tidak pernah ditutup kerana laporan polis sudah dibuat. 





28 Februari 2007

Ustaz Zul bersama 22 pengikutnya termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 40-an ditahan sepasukan 30 anggota polis yang menyerbu sebuah banglo yang dipercayai disewa dan dijadikan markasnya di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, kira-kira jam 2 pagi.
 

Monday, 8 April 2013

HAJI HADI SEORANG PEMBOHONG

BERBOHONG MINYAK TEMUI ATAS DARAT TERENGGANU:
Pada 25 Oktober 2000 Menteri Besar Terengganu Haji Hadi memberitahu wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Exco bahawa minyak ditemui di daratan Negeri Terengganu iaitu di daerah Besut dan Dungun.
Katanya, Kerajaan Negeri akan mewujudkan syarikat untuk meneroka industri itu sendiri.
BOHONG: Pada persidangan Dewan Undangan Negeri Disember 2000, Hadi apabila ditanya oleh Adun Kemasik (Dato’ Bakar Ali) cuba berdalih dengan berkata, tiada telaga minyak ditemui di Dungun dan Besut, “cuma ada tanda awal yang mungkin ada.”.
Pembohongan Hadi ini turut disiarkan oleh lidah rasmi Kerajaan Pas (Warta Darul Iman) bil.14 bertarikh 13-22 Disember 2000.

Sunday, 7 April 2013

SEMBELIHAN ORANG KRISTIAN BOLEH KITA MAKAN!!- BERTAUBATLAH HADI WEH

                              ISLAM DILETAKKAN DI TAPAK KAKI SAHAJA OLEH HAJI HADI



 MEREKA NAK GUNA NAMA ALLAH...SEMBELIHAN KRISTIAN PUN BOLEH MAKAN KATA PRESIDEN PAS, HAJI HADI AWANG.
Bermakna sembelihan Lim Kit Siang, sembelihan Lim Guan Eng dan semua orang Kristian tu bagi Haji Hadi boleh makan.....
 Bertaubatlah HAJI HADI KERANA TERANG TERANG TELAH SESAT DAN MENYELEWENG DARI AJARAN ISLAM.
 “Boleh, sebab itu kita (umat Islam) boleh makan sembelihan orang Kristian, sembelihan Yahudi boleh dimakan..kenap,  nak sembelih mereka sebut Allah.”
  Itulah jawapan Haji Hadi kepada wartawan bagi menghalalkan penggunaan nama Allah oleh bukan Islam, terutamanya orang Kristian.
Kita menunggu apa komen Mufti-mufti dan bijak pandai agama....
Hancurlah Islam kalau inilah sikap Haji Hadi mengutamakan kepentingan politik dari kepentingan ajaran Islam yang sebenar.
Menjual Agama...Menjual Akidah,,,Menjual Hukum Hakam ..menjual segala-galanya untuk kepentingan duniawi.


PAS LULUS PERKHIDMAT WANITA URUT LELAKI MASIH INGATKAH... PESTA MAKSIAT ANJURAN KERAJAAN PAS...



BENARLAH Pas ni dah lama sesat ajarannya, tetapi berselindung dengan nama Islam. Pas itu bukan Islam tetapi sebenarnya pemusnah Islam kerana telah sesat binasa.
Fun Fair di mana mana diadakan sekalipun berdekatan masjid,,,,malah Thai Fair yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri pimpinan Pas siap menyediakan perkhidmatan mengurut oleh Mek Siam,,,di dalam bilik khas yang disediakan 'urutan unisex' di TITC.
 Adun Pas ketika itu, YB Dr.Sulaiman Abdullah merangkap YDP Majlis Perbandaran Kuala Terengganu yang merasmikan Pesta Maksiat itu,,,,Jadi puak puak Pas ni bercakap berdegar-degar mengenai Islam...macam Mat Sabu dan Adun Ladanglah,,,,bini orang pun rembat...tapi cakap mengenai Islam, akhlak hancur lebur.
 

Thursday, 4 April 2013

MASIH GILA NOK JADI CALON LAGI KE...TERGAMAK PEMIMPIN PAS BERTARAF ULAMAK INI GOMOL DUIT ZAKAT BILA BERKUASA...LIHAT BUKTI


ANAK ANAK EXCO KERAJAAN PAS DIBERIKAN WANG ZAKAT BUKAN CERITA REKAAN...
TERGAMAK PEMIMPIN PAS BERTARAF ULAMAK INI GOMOL DUIT ZAKAT BILA BERKUASA...



Semasa Pas menjadi Kerajaan di Terengganu, didapati beberapa anak Exco Kerajaan mereka diberikan wang zakat untuk buat belanja belajar.
Ini bukan satu rekaan...boleh lihat pada senarai yang dikeluarkan oleh pihak MAIDAM ini 2000/2001 (lihat senarai yang lampirkan).
Contohnya:
 Anak Abu Bakar Abdullah, Adun Tepoh merangkap Exco Kerajaan Negeri masa tu itu Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Negeri....rupanya jaga kebajikan untuk anak sendiri.
Anaknya : (3 orang diberikan wang zakat)
Tuan Mohd. Izzudin bin Abu Bakar , Alamat: Kg Gemuroh, Kuala Nerus 21060
Tuan Noor Fadilah binti Abu Bakar
Tuan Mohamad Mujahid bin Abu Bakar

Manakalaanak  Abu Bakar Chik, Exco Pertanian dan Perikanan Negeri: (dua orang diberikan wang zakat)

Ahmad Izzudin Abu Bakar    Alamat: 1026, Kg Tok Jiring, Kuala Terengganu
Abdullah Basri bin Abu Bakar
Tergamak dan tamak pemimpin Pas yang bertaraf Ustaz dan ulamak ini gomol duit Zakat

Kesian orang orang miskin di kalangan rakyat Terengganu waktu itu masih ramai yang memerlukan bantuan, terutama untuk menyambung pelajaran anak anak, tetapi hak mereka dinafikan.....AMANAH KAH PEMIMMPIN DAN PARTI SEUMPAMA INI? Guna kedudukan sebagai orang beragama, tetapi tidak amanah langsung!!
Masih gila nak jadi calon lagi ke??

Tuesday, 2 April 2013

INILAH RUPANYA DOKTOR ISTERI BEKAS YB PAS TERENGGANU DAN SUAMINYA ADUN BEKAS ADUN PAS LADANG YANG DIBERI TANAH OLEH KERAJAAN PAS HINGGA 130 EKAR!!!




RAKYAT NAK DAPAT SATU LOT PUN SUSAH...INI YB PAS DAN ISTERI SAMPAI 130 EKAR DAPAT....ITULAH ANTARA PENYELEWENGAN KERAJAAN PAS TERENGGANU YANG TERBONGKAR

Pas Terengganu semasa berkuasa di Terengganu pernah meluluskan tanah seluas 130 ekar (50.8 hektar) untuk salah seorang wakil rakyat mereka.


Orang yang dimaksudkan ialah Sulaiman bin Abdullah di alamat, Jalan Ibrahim, Bukit Besar dan isteri Che Hamidah Che Abdul Kadir.

Kedua-kedua mereka adalah doktor perubatan dan pergigian.

Dr.Sulaiman waktu itu adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kawasan Ladang waktu itu...

Nama syarikat kedua suami isteri yang diberikan tanah seluas itu ialah Imbasan Padu Sdn.Bhd, di alamat Jalan Air Jernih Kuala Terengganu.

Beberapa hari lepas Pas Terengganu membuat dakwaan terdapat ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dikurniakan tanah di negeri ini.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut mendakwa wakil rakyat Umno BN dengan mudah memperolehi tanah kerajaan sekitar satu hektar seorang.

Bagaimana pun bila ditanya secara lengkap oleh pemberita sewaktu sidang media berkaitan, beliau gagal menjelaskan, sebaliknya berkata tanah berkenaan yang didakwa kebanyakan di kawasan pantai Terengganu.

Sebenarnya dengan dakwaan itu akan percik ke muka sendiri kerana zaman Pas berkuasa di Terengganu kejadian ini berlaku secara berleluasa


Tanah yang diberikan kepada Dr.Sulaiman ialah Lot PT 914, Mukim Rassau, Daerah Dungun dengan katogeri penggunaan tanah ialah pertanian. No fail: PTG.TR.02/15/0105.




INILAH KERJA MENTERI BESAR KERAJAAN PAS TERENGGANU



KETIKA sepatutnya seorang Menteri Besar menjalankan tugas-tugas pengurusan dan pentadbiran, tetapi Presiden Pas ini lebih suka memilih untuk lebih banyak bersantai.

Memancing adalah suatu hobi yang memakan masa lama, tetapi bagi Haji Hadi beliau lebih banyak menyerahkan kerja-kerja pentadbiran kepada seorang Exco yang bernama Datuk Mustaffa Ali yang kini dilantiknya sebagai Setiausaha Agung Pas.

HAJI HADI BANYAK SERAHKAN URUSAN NEGERI KEPADA MUSTAFFA ALI


Kalau kita teliti surat-surat kepada Menteri Besar, tetapi akhirnya diserahkan kepada Mustaffa Ali untuk membuat minit, khususnya dalam mengagihkan kawasan balak kepada kroni-kroni Pas.

Sebab itulah kita dapati pentadbiran di zaman Kerajaan Pas amat lemah dan rakyat terbiar dalam kesusahan dan negeri dalam kemunduran.